Cerita dan Lagu yang ada nilai-nilai keluarga♥♥Isnin, 28 Julai 2008


Apakah sebenarnya

Terbuku di kalbumu

Apakah erti linang air mata di pipimu

Ucapkanlah padaku

Tak bisaku rungkainya

rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga

tidak mampu merasa

Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakanku

Hanya bisa ditanggung hati ibu

Namun ku percaya

Takkan terlerai kasih

Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara

Dan terima segala

Dugaan dan badai yang melanda

Duhai ibu


***********************************************************************************

Apa yang anda baru lihat di atas ialah lirik-lirik bagi lagu 'Ibuku' dari Siti Nurhaliza. Lagu ini ialah salah satu lagu kegemaranku kerana ia amat menyedihkan dan membuat air mataku keluar. Lagu ini sebenarnya boleh dilihat dalam sebuah cerita yang menceritakan tentang seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak. Suaminya telah meninggal dunia akibat serangan jantung semasa cuaca pada malam itu amat lebat hujannya. Oleh itu, dia harus mencari nafkah untuk keluarganya sendiri. Dia dicadang oleh rakan lelakinya(bukan matair baru[hehe]) untuk bekerja di sebuah tempat yang jauh dari tempat tinggalnya, dan dia hanya boleh pulang ke rumah untuk melawat anak-anaknya hanya sekali sebulan. Oleh itu, 3 orang anak-anaknya itu tidak berasa begitu sayang kepadanya lagi kerana mereka amat merajuk dengan ibu mereka itu. Mereka juga sampai hati untuk bersikap kurang ajar dengan ibu mereka itu, terutama sekali anak tertua, iaitu seorang lelaki. Mereka pun 'dijaga' oleh orang lain, tetapi mereka tidak suka keadaan baru mereka.

Apabila mereka sudah besar, ibu mereka masih bekerja di tempat tersebut. Pada suatu hari, 3 orang anak itu pergi ke tempat kerja ibu mereka untuk melawatnya. Malangnya, apabila mereka sampai di sana, lelaki yang mencalonkan ibu mereka untuk bekerja di sana sedang membuat benda tidak senonoh dengan ibu mereka itu, walaupun dia[ibu] itu sedang menjerit meminta tolong. Nasib baik, 3 anak tersebut pun sudah sampai dan jirannya juga mendengar suaranya yang meminta pertolongan. Selepas itu, lelaki yang jahat itu menyoal yang ia adalah urusannya untuk membuat apa sahaja yang dia ingin apabila ditanya mengapakah membuat sebegitu, lalu mereka mula bergaduh. Ibu mereka berasa sangat pening di kepalanya dan apa yang amat menyedihkan di dalam cerita ini ialah, apabila anak-anaknya baru sahaja sampai, dia telah meninggal dunia akibat terjatuh tangga kerana terlalu stres memikirkan kerjanya dan anak-anaknya.

Ia memang suatu cerita yang amat baik kerana ia menunjukkan kasih sayang anak-anak mereka kepada ibu dan mereka sudi buat apa sahaja hanya untuk melihat keadaan ibu mereka. Di dalam cerita ini, 3 anak itu cuba melarikan diri daripada 'ibu bapa baru' mereka dengan membina banyak alasan seperti mereka ada projek sekolah untuk menyelesaikan tetapi yang sebenar ialah mereka melepaskan diri dan bermain gitar di jalan raya seperti pengemis untuk mendaot duit untuk ke tempat di mana ibu mereka tinggal. Aku rasa kalian memang harus menonton cerita itu kerana ia pasti akan menyentuh hatimu. Maaf kerana aku terlupa tajuk cerita tersebut.

--♥AiNuL


PELANGI AINUL
10:08 PTG

Bagaimana saya dapat membantu?♥Khamis, 24 Julai 2008


Situasi B-Seorang lelaki yag tidak dikenali berbual dengan anak jiran saya. Dia memberinya gula-gula. Anak jiran saya itu kelihatan takut.Apa yang saya boleh buat untuk membantu?

TINDAKAN

Tindakan 1
Memberitahu jiran saya.

Tindakan 2
Suruh dia berhenti.

Tindakan 3
Menarik jiran daripada lelaki itu dan berlari.

AKIBAT

Akibat 1
Jiran akan pergi kepada lelaki itu dan dia akan pergi daripada situ.

Akibat 2
Lelaki itu akan menggunakan senjata

Akibat 3
Lelaki itu akan mengejar

Pilihan saya ialah Tindakan 2.

PELANGI AINUL
9:59 PTG

Hari Keharmonian Bangsa:21 07 08♥Selasa, 22 Julai 2008


Semalam,sekolahku menyambut Hari Keharmonian Bangsa. Aku memakai kebaya pendekku yang berwarna ungu. Ia memang cantik kalau dipakai oleh aku. Aku amat gembira keran semua kawan-kawan baikku memakai pakaian tradisional. Fatimah memakai baju kurung yang berwarna Merah jambu. Sofia pula, memakai sehelai baju kebaya yang berwarna kuning-jingga. Dia amat cantik dan jambu kalau memakai pakaian tersebut. Iza kelihatan amat comel apabila memakai baju kurung ungu tua itu. Afiffah pula memakai sehelai baju kurung kuning. Dia juga kelihatan amat berbeza daripada diri biasanya. Aku berasa sedih kerana semalam guru melayuku Cikgu Alisa tidak hadiri sekolah. Aku tidakboleh sabar untuk Hari Keharmonian Bangsa yang akan tiba pada tahun depan.

~AINUL

PELANGI AINUL
10:31 PTG



Di dalam hidupku, aku pergi ke Perbarisan Hari Kebangsaan hanya sekali-apabila aku berumur 2 tahun. Pada masa itu, aku tidak memahami apa-apa kerana aku masih bayi. Baru hari sabtu yang lalu, aku pergi untuk NE Show. 19 July. Hari yang tidak dapat dilupakan. Walaupun ia bukan hari kebangsaan yang betul, ia sama seperti hari kebangsaan. Ada perkara yang aku suka dan tidak suka.





Aku sampai sekolah pada pukul 1:15 petang. Apabila kami sampai di sekolah, kami harusduduk di kelas-kelas masing-masing. Pada pukul 2, kami membawa 'funpack' dari Cyber Cove. Di dalam funpack tersebut ada banyak benda seperti majalah KidsCompany, topi NDP, bendera Singapura, dan banyak lagi. Dia dalam funpack tersebut juga ada makanan seperti ayam dari KFC dan Roti Coklat Gardenia. Kami keluar dari sekolah dengan menaiki bas awam pada pukul 2:30 petang. Kami harus ada seorang kawan untuk hari itu. Kawanku ialah Afiffah. Apabila aku berada di dalam bas, aku duduk di sebelah Afiffah. Aku berasa amat bosan pada waktu itu, jadi aku mengeluarkan telefon bimbitku dan mulai mendengar lagu. Perjalanan dari sekolah ke Marina Bay hampir sejam. Kami sampai di sana pada pukul 3:30 petang. Apabila kami sampai, kami berjalan di bawah Esplanade kerana ia hujan. Aku sempat ambil gambarnya.































Kami duduk di sebelah kanan stadium itu. Nampaknya seperti kami adalah sekolah yang pertama untuk sampai di sana. Apabila tempat-tempat duduk yang lain kosong, aku sempat mengambil gambar 'Singapore Flyer'.


Cantik, bukan?


Persembahan bermula pada pukul 5 30 petang. Aku amat gembira kerana di sana ada ramai selebriti seperti Huda Ali, Adrian Pang, dan Hady Mirza!

Lagu 'Shine for Singapore' yang dinyanyi oleh Hady Mirza amat merdu. Pada masa itu, cuaca ialah hujan, dan akmi harus memakai poncho yang diberikan.





Sudahpun tiba waktu malam. Apa yang aku paling suka tentang NE Show ini ialah bunga api.




BUNGA API ITU AMAT CANTIK!!

Selepas itu, mungkin pada pukul 8 30 malam, kami harus pulang. Kami juga pulang dengan menaiki bas awam tadi. Apabila aku ingin menonton video-video dan mendengar lagu yang di ambil tadi, aku terkejut apabila bateri aku hampir habis! aku sempat mendengar 3 lagu-Cinta Semu dari Tofu, Jangan Sampai terlambat dari Sleeq dan juga 'setback' dari Sleeq. Terus,bateri aku sudah mati.


PELANGI AINUL
9:18 PTG

Cita-Citaku♥Khamis, 17 Julai 2008


Sejak kecil lagi, aku suka menghias dan menonton rancangan menghias dalaman di saluran 5.

Dengan menonton rancangan-rancangan ini, aku dapat inspirasi untuk menjadi penghias dalaman.
Rumahku dicat baru bulan lalu. Aku amat gembira kerana aku dapat memilih warna pilihanku sendiri. Dahulu, warnanya dipilih oleh ibubapaku-warna putih. Aku sangat bosan melihat warna itu tiap-tiap hari, jadi aku merancan untuk meletakkan sedikit keseronokkan pada bilikku. Aku pilih warna Jingga Tua untuk bilikku, tetapi bukan seluruhnya jingga. Aku menyuruh bapaku untuk meletakkan belang-belang berwarna putih dan jingga. Kini, bilikku sangat cantik dan aku tidak pernah rasa bosan dengan bilikku.

Aku juga ingin mencantikkan bilik orang lain dan aku mahu dapat inspirasi-inspirasi yang lain dengan menonton Rancangan 'In-Trend','Rumah Idaman', dan banyak lagi.

->-
`AINUL

PELANGI AINUL
9:59 PTG



Di anatara bidang-bidang pelajaran yang diajar di sekolah, aku paling suka Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayuku ialah Cikgu Alisa.

Cikgu Alisa pernah menjadi guruku juga ketika aku berada di darjah 2. Dia juga ialah guru yang paling hebat bagiku kerana dia sangat menarik dan membuatkan pelajaran Bahasa Melayu sangat seronok supaya kita tidak dibosankan oleh pelajaran-pelajaran tersebut.


Walaupun aku sangat suka dengan Bahasa Melayu, ada juga perkara-perkara yang aku tidak suka tentangnya. Pertama sekali ialah, KARANGAN! Sebenarnya, karangan tidak begitu teruk. Memang, pada awal tahun, aku amat benci karangan. Tetapi setelah menghadiri kelas tambahan karangan Bahasa Melayu,aku suka karangan sedikit sahaja.

Yang kedua aku tidak suka tentang pelajaran Bahasa Melayu sekolah ialah Pembinaan Ayat. Ia sangat leceh kerana jika aku tidak tahu makna yang diberikan untuk membina ayat, aku harus penat-penat cari makna perkataan tersebut di Kamus, tetapi kadang-kala, di kamus pun tidak ada makna!!

Aku rasa itulah sahaja perkara-perkara yang aku tidak suka tentang Bahasa Melayu. Aku paling suka imbuhan, peribahasa dan penjodoh bilangan kerana mereka sangat menyeronokkan.


-->AINUL..

PELANGI AINUL
9:18 PTG

CCA(kokurikular)♥Sabtu, 12 Julai 2008


Di sekolahku, ia adalah wajib untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu aktiviti ko-kurikular(CCA). Aktiviti ko-kurikularku ialah bola jaring. Aku mula menyertai aktiviti ko-kurikularku sejak Darjah 4, tahun lepas. Aku memasuki CCA ini besama teman baikku Afiffah, Fatimah dan Sofia.Guru-guru kami ialah Cikgu Azna dan Cikgu Alisa.

Pada mula-mualmnya, aku tahu sedikit sahaja tentang bola jaring. Tetapi dengan pertolongan guru-guruku dan kakak saudaraku Kakak Fizah yang seorang pemain bola jaring yang hebat di sekolah menengahnya, aku dapat bermain bola jaring dengan lebih mudah. Selalunya aku bermain sebagain GK(penghalang gol) ataupun GD. Walaupun aku masih tidak mahir dalam bola jaring, aku tetap menggemarinya dan menghadir setiap Selasa, hari Bola Jaring. Aku ingin bekerja bersungguh-sungguh untuk Pesta Sukan yang akan tiba pada 19hb Ogos ini.

--♥~Ainul

PELANGI AINUL
10:18 PTG




PELANGI AINUL
10:18 PTG





SOFIA●IZA●FATIMAH●AKU●AFIFFAH

SAHABAT ISTIMEWA SELAMA-LAMANYA..♥♥

Aku mempunyai ramai sahabat di sekolah, tetapi Iza, Sofia, Fatimah dan Afiffah ialah di antara yang paling istimewa. Kami berkenalan sejak darjah satu, Sofia sejak Tadika 1. Kami juga menyertai aktiviti ko-kurikular yang sama-bola jaring,, kecuali Iza. Kami sering ke waktu rehat bersama-sama. Setelah makan kami akan bermain Bola jaring atau bol keranjang. Aku amat bersyukur untuk mendapat kawan-kawan sehebat mereka.:)

--MARDIYAH♥


PELANGI AINUL
10:14 PTG

Menjaga nama baik negara♥Khamis, 10 Julai 2008


Singaporeflag

Singapura. Satu negara yang amat kecil, dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Jadi, kami, sebagai rakyat-rakyat Singapura, harus mamainkan peranan dalam membuatnya semakin maju dan besar. Besar, ada orang yang memikirkan bahawa Singapura tidak pernah akan menjadi besar. Apa yang ku memaksud kan ialah, ia dapat menjadi besar secara mental orang, bukan fizikal.

Pertama sekali, kita mesti ingat, jangan pernah memfitnah atau mencaci negara kita.
Kedua, kita harus mentaati undang-undang negara kami dengan ikhlas.

Ketiga, jika kami berada di luar negeri, kita boleh memikati orang untuk ke negara kami dengan
mengata kebaikan-kebaikan Singapura, seperti yang ia sangat indah, dan sebagainya.



-->MARDIYAH

PELANGI AINUL
12:23 PTG

YSELAMAT DATANG!!

-♥Anda berada di blog Ainul. Selamat membaca!


Ybb2008-mardiyah.blogspot.com

NAMA♥ Ainul Mardiyah
NAMA MANJA♥ Mardiyah
SEKOLAH♥ Ren Si Ling
DARJAH♥ 5-K/P11
TARIKH LAHIR♥ 180697
UNTUK PERKARA LEBIH LANJUT♥♥Aku♥
EMEL♥gal_mariah1806@hotmail.com(MSN)mardiyah_1806@hotmail.com(BLOG)


YAku Mahu..

*♥~Beg Adidas!
*♥~Kasut Nike & Adidas!
*♥~Mendapt markah baik utk peperiksaan!
*♥Pergi ke menengah FSS(Fuchun) atau WGS(Woodgrove)!
*♥Menjadi Penghias Dalaman!


YUntuk pergi dari sini:

GURU ANUGERAHKU♥

Cikgu Alisa ♥

TEMAN ANUGERAHKU♥

Iza♥
Fatimah♥
Sofia♥
Fiffah♥

RAKAN SEDARJAHKU♥

Ahmad
Soffeatun
Shahidah
Izzati
Aideel
Adilah
Haikal
Ummi
Aiman
Zulhilmi
Aqilah
Firas
Amirah Syafiqah
Zaki
Amira
Farezwan
Jannah
Azim
Shuhada
Diyana
Rohaizah
Akmal
Ahnaf
Diyana
Zakirah
Amirah
KELUARGA♥KESAYANGAN
*~KAK MATUS♥
*~ABANG WAHID♥



YBERIBUAN TERIMA KASIH:

GAMBAR:[DEVIANTART] [SELESTER]
HOS-HOS:[PHOTOBUCKET] [x]
PENGHIAS: [SOLITUDE91] [snow-flake-d.blogspot.com]

Y♥BERBUAL BERSAMAKU.KONGSIKAN KENANGAN TERINDAH



YKENANGAN TERLEPAS

Julai 2008


YTELAH LALU DAN AKAN LALU..

HARI LAHIRKU
CUTI SEKOLAH BULAN JUN
HARI BELIA
PERKHEMAHAN
NE SHOW
HARI KEHARMONIAN BANGSA


YYANG LAIN:

free counter
(YANG MELIHAT BLOGKU)


Y♥DENGAR BESSAMA KU~

lagu_bulan_bahasa.mp3 - Imran Ajmain